Penduduk Sepakat Tunggak Keharmonian

S
 
 
Penduduk peramah dan saling bantu membantu

etiap tahun pastinya terdapat kenaikan dan penurunan dalam populasi sesebuah tempat. Ini kerana ada di antara penduduk yang berhijrah ke kampung dan ada juga yang berpindah ke tempat lain disebabkan faktor-faktor tertentu. Di Kampung Gambut, anggaran populasi bagi tahun 2007 ialah seramai 1,000 penduduk. Majoriti penduduk adalah kaum Melayu yang beragama Islam dan penduduk minoriti ialah kaum Cina. Walaupun berbeza budaya dan agama, mereka masih lagi dapat menjalani hidup bermuafakat dan harmoni di dalam satu kampung. Masyarakat di situ sering bergaul mesra dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Kampung Gambut mempunyai struktur tanah yang sesuai untuk pertanian. Namun, oleh sebab kawasan lapang yang terhad, banyak perancangan terpaksa dibatalkan. Walau bagaimanapun penduduk masih lagi mencari sumber rezeki dengan menceburi bidang perikanan dan bekerja di sektor awam atau swasta. Sektor perikanan di situ merupakan bidang yang paling ramai diceburi.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK