Masa Depan Anak-anak
endidikan merupakan perkara yang paling penting dalam memastikan masa depan anak-anak terjamin. Terdapat dua buah sekolah di Kampung Gambut iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Gambut dan Sekolah Agama Kampung Gambut. Sekolah Rendah Kebangsaan Gambut mempunyai anggaran pelajar seramai 300 orang manakala Sekolah Agama Kampung Gambut pula mempunyai anggaran pelajar seramai 130 orang.
 |
|
| Antara hiasan bertulisan jawi di dinding sekolah |
|
|
Sekolah Kebangsaan Gambut (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Gambut) telah wujud pada awal tahun 1926. Walaupun sekolah ini terletak di Kampung Parit Simin tetapi namanya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Gambut. Nama ini diambil sempena lokasi sekolah ini yang didirikan di atas tanah gambut yang subur. Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah yang berhampiran dengan Selat Melaka. Kawasan pantainya sungguh menarik dengan ditumbuhi pokok-pokok bakau dan pohon pedada.
Sekolah ini dibina di atas tanah kepunyaan yang dikenali "Embah Simin". Dengan usaha Orang Kaya Jaafar Sidek, penduduk kampung ini telah bermuafakat untuk mendirikan sebuah sekolah di kampung ini. Pembinaan sekolah ini dilakukan secara bergotong-royong. Orang-orang kampung sendiri bersama-sama memikul tanggungjawab membina sekolah ini.
Pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Kampung Gambut aktif dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat. Antara pertandingan yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah itu ialah menjadi wakil negeri bagi Pertandingan Al-Quran, Tafsiran Al-Quran dan lain-lain lagi. Pihak sekolah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga sering bekerjasama dalam memastikan pendidikan diberi kepada bakal pemimpin negara adalah yang terbaik. |