Medan Ikan Bakar Parit Simin

P

elancongan merupakan faktor utama yang menarik pengunjung dan pelancong dari luar ke sesebuah kawasan. Di Kampung Gambut, kawasan yang sering menarik perhatian pengunjung luar ialah Medan Ikan Bakar Parit Simen. Kesegaran ikannya dan layanan yang baik diberikan oleh pengusaha-pengusaha kedai makan di situ menyebabkan kedatangan anda pasti tidak sia-sia. Harga yang berpatutan menarik lebih ramai pengunjung luar untuk menikmati makanan ikan segar ini.

" Kesegaran ikannya dan layanan yang baik diberikan oleh pengusaha-pengusaha kedai makan di situ menyebabkan kedatangan anda pasti tidak sia-sia."  
   
 
 
Bot-bot nelayan yang ditambat di jeti

 

 

 

 

 

 

Medan ikan bakar menjadi salah satu sumber pendapatan segelintir penduduk di Kampung Gambut. Kebanyakan mereka menjalankan perniagaan kedai makan dan menjadikan ikan bakar sebagai menu utama. Terdapat kira-kira dua blok kedai makan di situ. Kawasan medan ikan bakar itu juga strategik kerana berada hanya beberapa meter daripada jeti. Selain dihidangkan dengan makanan ikan segar, mereka juga dapat melihat nelayan-nelayan yang pulang pada waktu petang semasa matahari terbenam. Pemandangan kawasan paya bakau yang berada di tepi-tepi medan ikan bakar tersebut juga menjadi perhatian pengunjung.

Pembinaan medan selera ikan bakar yang menelan belanja RM3.2 juta adalah sumbangan daripada Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman serta Majlis Perbandaran Batu Pahat. Medan ini mempunyai prasarana yang lengkap seperti tempat letak kereta, tandas awam dan juga surau. Medan ikan bakar ini mempunyai potensi untuk diketengahkan dan dapat memberi peluang kepada penduduk Kampung Gambut menambahkan pendapatan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK