Medan Ikan Bakar
erpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) Kampung Gambut merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang banyak memberikan jasa kepada penduduk kampung terutamanya yang berkaitan dengan ilmu. PDSI Kampung Gambut menyimpan banyak cerita tentang Kampung Gambut dan juga Batu Pahat. PDSI Kampung Gambut agak senang dijumpai kerana terletak di tepi jalan utama dan bersebelahan dengan dewan serba guna.
 |
|
| Penduduk selesa menggunakan kemudahan yang disediakan |
|
|
Kampung Gambut terkenal dengan medan ikan bakarnya yang menjadi tumpuan ramai penduduk di sekitar Semerah dan Batu Pahat. Salah seorang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mohd Yatim Sahim mempunyai prinsip yang menjadi inspirasi dan dorongan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan kampung itu. Prinsip yang dipegang oleh Mohd Yatim ialah mewujudkan bandar dalam kampung. Apa yang ingin diketengahkan oleh Mohd Yatim ialah menyediakan semua prasarana di dalam Kampung Gambut dan menjadikan kampung ini sebagai tempat komersial dan menjadi tumpuan orang ramai sekitar Johor, Melaka, Pahang dan juga Selangor.
Kampung Gambut yang terletak berhampiran dengan pantai dan jeti menjadikan medan ikan bakar yang dibina oleh Kerajaan Johor sebagai tempat strategik bagi mendapatkan makanan ikan yang segar. Struktur geografi di situ ialah bertanah rata. Dapat dilihat juga rumah-rumah tradisional tidak lagi menjadi penghias kampung tersebut, tetapi diganti dengan pembinaan rumah-rumah batu. |