Perniagaan Rizalin
| |
 |
| |
| Salah seorang pekerja sedang mengadun doh |
|
rogram Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menekankan slogan ‘Satu Kampung Satu Produk’ merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang dapat meningkatkan taraf kehidupan penduduk. Selain disertai oleh kaum lelaki, kaum wanita desa kini mula mempergiatkan usaha mereka dalam bidang perniagaan. Rangkaian produk Rizalin kini menjadi buah mulut masyarakat setempat. Kasmah Hadi yang mengusahakan produk dari tahun 2006 merupakan salah seorang pengusaha tempatan yang berjaya memasarkan barangan beliau hingga ke Kuala Lumpur.
Produk-produk yang menggunakan nama Rizalin untuk label produk ialah sos cili, karipap sejuk beku dan juga kerepek pisang. Pengusahanya mendapat bantuan kewangan sebanyak RM6,000 dan peti sejuk daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kasmah Hadi mempergiatkan lagi perniagaan beliau dengan bantuan beberapa penduduk kampung. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Johor serta Persatuan Nelayan juga memberi bantuan dengan membekalkan mesin dan juga bengkel untuk memproses produk tersebut.
 |
|
| Doh yang lembut diuli dengan mesin khas |
|
|
Sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan menaikkan semangat Kasmah untuk lebih bersemangat dan menjadikan produk beliau lebih dikenali. Selain daripada produk Rizalin, beliau juga mempunyai sebuah kedai makan di Medan Selera Ikan Bakar Parit Simin. Kegigihan beliau dalam mencari peluang perniagaan harus dicontohi oleh semua penduduk, khususnya kaum wanita.
Terdapat juga penduduk yang menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan seperti kedai runcit dan membuat roti canai sejuk beku. Roti canai sejuk beku tersebut mendapat sambutan terutamanya daripada kantin-kantin sekolah di sekitar Kampung Gambut. Produk roti canai sejuk beku juga mendapat permintaan yang tinggi daripada pasaran Kuala Lumpur.
|