Penduduk sekitar mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang disediakan

Rawatan Ibu Mengandung

K

emudahan rawatan kesihatan adalah penting bagi sesebuah tempat terutamanya kawasan desa. Klinik Kesihatan Bagan merupakan pusat kesihatan yang terdekat dengan Kampung Gambut. Kebanyakan penduduk Kampung Gambut akan ke Klinik Kesihatan Bagan untuk mendapatkan rawatan. Klinik kesihatan ini juga menyediakan pemeriksaan kesihatan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Jururawat dan pembantu perubatan yang bertugas akan memantau kesihatan ibu mengandung dan juga bayi. Mereka akan ke rumah ibu-ibu selepas bersalin pada waktu tertentu untuk melihat perkembangan kesihatan ibu dan bayi.

"Klinik kesihatan ini juga menyediakan pemeriksaan kesihatan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak."  
   
 
 
Kawasan persekitaran klinik yang bersih

Klinik pesakit luar juga disediakan di Klinik Kesihatan Bagan. Terdapat Klinik Perancang Keluarga bagi memberi pendedahan kepada pasangan-pasangan yang ingin merancang keluarga. Selain daripada menawarkan perkhidmatan kesihatan, klinik ini juga kerap mengadakan aktiviti yang sihat untuk para remaja seperti ceramah mengenai penyakit AIDS.

Namun begitu masih terdapat penduduk yang menggunakan perkhidmatan rawatan alternatif. Mereka yang sakit-sakit sendi tulang selalunya akan mendapatkan khidmat tukang urut tradisional untuk mendapatkan rawatan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK