Berganding Bahu Memastikan Keamanan
alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk kampung juga berganding bahu bagi memastikan keamanan penduduk setempat. Tanggungjawab ini dipikul oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menjadi tunggak keselamatan penduduk. Terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung. RELA dianggotai oleh para penduduk kampung yang berumur 16 tahun dan ke atas. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan selalunya mengikut giliran.
Balai polis yang terdekat ialah Balai Polis Semerah. Polis akan membuat rondaan untuk memastikan kawasan kampung berada dalam keadaan yang selamat dari ancaman luar. Dengan adanya pasukan RELA di situ, maka sedikit sebanyak dapat meringankan dan mengurangkan kadar jenayah.
|