Prasarana Lengkap
emudahan asas di Kampung Gambut lengkap dengan bekalan air yang bersih dan bekalan elektrik yang mencukupi. Kemudahan prasarana yang terdapat di Kampung Gambut juga disediakan bagi memudahkan aktiviti seharian penduduk tempatan. Antara kemudahan tersebut ialah sekolah rendah, sekolah agama, surau, dewan serba guna, pejabat pos, perpustakaan desa, dan kawasan riadah. Kemudahan jalan raya dan kemudahan pengangkutan turut disediakan bagi menyenangkan penduduk kampung untuk berulang-alik ke kampung ini dengan kawasan sekitar. Kebanyakan kemudahan itu disediakan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat dan dijaga dengan baik oleh penduduk-penduduk Kampung Gambut.
Gerai-gerai makan yang terdapat di situ juga merupakan kemudahan yang dapat dinikmati oleh penduduk Kampung Gambut. Selain menjadi sumber pencarian penduduk tempatan, gerai tersebut menjadi sumber makanan penduduk tempatan. Kehidupan seharian penduduk kini semakin selesa dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan. |