Gabungan Daripada Kampung-kampung Kecil
ampung Gambut merupakan rangkaian daripada beberapa kampung kecil. Kampung-kampung tersebut adalah Parit Simin, Parit Majuri, Parit Moin Dua, Parit Haji Tahir, Parit Sempadan dan beberapa buah kampung lain. Kesemua kampung ini terletak di dalam Mukim Bagan. Kebanyakan penduduk kampung-kampung ini adalah nelayan laut dan ada juga yang melakukan kegiatan pertanian sara diri. Jenis pertanian yang terdapat di kampung-kampung sekitar ialah tanaman buah naga, nanas dan kelapa sawit. Terdapat juga tanaman sayur-sayuran yang dilakukan secara kecil-kecilan. Jenis sayuran yang dijalankan antaranya ialah kacang panjang, kacang botol, cili, serai, pandan dan beberapa tanaman lain.
 |
|
| Suasana kampung yang mendamaikan |
|
|
Hubungan antara penduduk Kampung Gambut dan penduduk sekitarnya masih lagi terpelihara. Penduduk Kampung Gambut sering diajak untuk menyertai keramaian atau majlis-majlis rasmi di kampung sekitar. Ini menunjukkan sifat-sifat kejiranan yang kuat ditonjolkan dalam setiap penduduk di situ. Kebiasaannya, penduduk akan bersama-sama melakukan gotong-royong membantu sebarang aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan.
Belia di situ juga sering mengadakan aktiviti-aktviti yang dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk sekitar. Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang sering dijalankan oleh penduduk. Saban tahun ada sahaja aktiviti sukan yang dijalankan bagi mengukuhkan hubungan kemasyarakatan di antara penduduk.
|