Penerangan yang diberikan semasa sesi temu bual

Meningkatkan Ekonomi Penduduk

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu organisasi yang membantu kerajaan membangunkan kampung dan membantu mengawal keselamatan kampung. JKKK mempunyai matlamat dan objektif untuk menaikkan taraf ekonomi penduduk.

JKKK Kampung Gambut menubuhkan beberapa biro dalam usaha mencapai matlamat. Biro-biro yang bergerak di bawah JKKK Kampung Gambut adalah Biro Pembangunan, Biro Agama dan Kebajikan, Biro Belia, Biro Wanita dan Biro Keselamatan.

Biro Wanita berperanan memberi bantuan khidmat nasihat dan dorongan kepada wanita yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan sendiri. Selain itu, Biro Wanita juga ditugaskan untuk menjaga kebajikan golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan. Dengan wujudnya biro-biro di bawah jentera pentadbiran JKKK, maka banyak perkara yang dapat dibangunkan dalam usaha sama memajukan kampung.




 
Penafian | Laman Web KTAK