Penanaman Sara Diri Sumbang Pendapatan

P

erikanan merupakan sektor utama yang menjana ekonomi penduduk Kampung Gambut. Hampir separuh dari penduduk di Kampung Gambut menjadikan sektor perikanan sebagai pendapatan isi rumah mereka. Pertanian sara diri juga dilakukan oleh segelintir penduduk kampung itu. Pertanian yang dijalankan ialah penanaman nanas dan kelapa sawit. Pekerjaan dari sektor perikanan dan pertanian selalunya diwarisi oleh keluarga. Jika ayahnya seorang nelayan kemungkinan besar anaknya juga akan menjadi seorang nelayan.

"Terdapat banyak badan-badan kerajaan dan swasta yang bertempat di Batu Pahat sekaligus menjanjikan peluang cerah bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan."  
   
 
Kaum wanita yang mengendalikan perniagaan roti canai sejuk beku
 
Bandar Batu Pahat merupakan salah satu bandar yang terdapat di Johor. Bandar itu menjanjikan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitarnya. Terdapat banyak badan-badan kerajaan dan swasta yang bertempat di Batu Pahat sekali gus menjanjikan peluang yang cerah bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan. Bandar Batu Pahat terletak kira-kira 11 km daripada Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PSDI) Kampung Gambut menjadi pilihan belia dan golongan dewasa untuk menceburkan diri dalam sektor pekerjaan.

Selain daripada melibatkan diri dalam sektor perikanan dan perkhidmatan, penduduk Kampung Gambut kini bergerak lebih maju dengan membuka perniagaan sendiri dalam program Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Mereka mula mencari tapak untuk meningkatkan taraf ekonomi dan menghasilkan produk yang boleh membanggakan kampung sendiri. Program seperti ini dilihat bagus dalam usaha kerajaan memperkenalkan kampung-kampung tradisional dan mempromosikan produk-produk buatan desa. Antara produk yang diusahakan ialah roti canai sejuk beku, sos cili, karipap sejuk beku dan juga kerepek pisang.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK