Medan Ikan Bakar Kampung Simin terkenal dengan makanan ikan bakar yang segar. Deretan kedai-kedai yang memenuhi jeti nelayan membuatkan anda kelabu mata mahu memilih gerai pilihan. Bau ikan-ikan segar yang sedang dibakar boleh dirasai sebelum melangkah ke kawasan medan selera ini. Terdapat juga hasil laut yang lain di medan selera ini. Antaranya ialah sotong, udang, kerang dan kupang. Kesemua hasil makanan laut ini boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan.


Pelancongan Keusahawanan

Di Kampung Gambut, kawasan yang sering menarik perhatian pengunjung luar ialah Medan Ikan Bakar Parit Simin. Kesegaran ikannya dan layanan yang baik diberikan oleh pengusaha-pengusaha kedai makan di situ menyebabkan kedatangan anda pasti tidak sia-sia. Harganya yang berpatutan menarik lebih ramai pengunjung luar untuk menikmati makanan ikan segar ini.

Produk-produk yang menggunakan nama Rizalin untuk label produk ialah sos cili, karipap sejuk beku dan juga kerepek pisang. Pengusaha produk ini mendapat bantuan kewangan sebanyak RM6,000 dan peti sejuk daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kasmah bin Hadi mempergiatkan lagi perniagaan beliau dengan bantuan beberapa penduduk kampung.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK