Anjung Bestari tempat berkumpul para belia

Aktiviti Kegemaran Belia

B

elia berketerampilan merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan Malaysia. Belia-belia diberi pendedahan yang secukupnya sebagai bekalan untuk menempuh cabaran sebelum bergelar pemimpin kelak. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ mengambil berat tentang kebajikan belia di Kampung Gambut. Biro Belia yang bergerak bersama JKKK mempunyai perancangan sendiri bagi belia-belia di kampung itu. Biro ini kerap menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatian belia untuk menyertainya.

 
 
Semangat bersukan dapat dilihat dalam diri mereka

Aktiviti yang sering dijalankan oleh Biro Belia ialah aktiviti dari segi kesukanan dan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti sukan merupakan aktiviti yang paling diminati oleh golongan belia. Oleh itu Biro Belia menjadikan aktiviti sukan sebagai aktiviti utama dalam memenuhi pelan aktiviti tahunan biro. Aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton dan sepak takraw merupakan sukan-sukan yang digemari oleh belia. Ada juga golongan belia yang mula berjinak-jinak dengan sukan futsal.

Terdapat juga sebuah program yang diadakan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah. Program seperti Pemimpin Bersama Rakyat memfokuskan belia sebagai peserta utama mendapat sambutan yang menggalakkan.

Selain aktiviti sukan, Biro Belia dan pihak sekolah ada mengadakan ceramah-ceramah yang dapat menyedarkan remaja tentang gejala-gejala yang tidak sihat. Penceramah yang kebanyakannya dijemput khas dari luar akan memberi motivasi sekali gus menyedarkan belia-belia tentang masa depan cerah yang berada di dalam tangan mereka. Aktiviti-aktiviti seperti ini sedikit sebanyak menjauhkan belia daripada terlibat dalam aktiviti negatif.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK