Kedai yang diusahakan oleh golongan wanita

GPW Aktif

S
 
 
Pengerusi GPW Mahrum Ahmad.

elain belia, kaum wanita juga tidak kurang hebatnya. Di Felda Tenang, terdapat sebuah persatuan wanita yang aktif iaitu Gabungan Persatuan Wanita (GPW). Ahli-ahli GPW akan berkumpul di balai raya untuk bermesyuarat sebelum menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Fungsi penubuhan persatuan ini antaranya memberi khidmat nasihat kepada ahli yang ingin menceburkan diri dalam bidang tertentu seperti perniagaan, penghasilan kraf tangan dan lain-lain.

Menurut Mahrum Ahmad, Pengerusi GPW Felda Tenang, pelbagai aktiviti berunsurkan keagamaan juga kerap diadakan. Setiap hujung minggu kelas bacaan Yasin akan diadakan di rumah-rumah ahli mengikut giliran masing-masing.

Selain itu, terdapat sebahagian ahli GPW Felda Tenang yang berkecimpung dengan bidang perniagaan. Salah seorang peniaga, Samsiah Talib, 47 tahun, telah mengusahakan sebuah kedai makan bersama keluarganya sejak dua tahun lalu. Kedai makan tersebut beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sering dikunjungi penduduk kampung untuk menjamu selera kerana sajian yang disediakan sangat enak.

Kedai makan ini boleh memuatkan sehingga 50 orang dan pendapatan yang diperoleh mencecah sehingga RM1,000 sebulan. Samsiah juga merancang untuk menyediakan sajian makan malam dan melanjutkan operasi kedai makannya sehingga pukul 9.00 malam. Dalam pada itu, Kelas memasak dan kelas solekan turut diadakan tiga kali dalam sebulan di balai raya bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Felda Tenang. Ahli persatuan juga turut menyertai program gotong-royong mengindahkan kawasan tanah rancangan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK