Perpustakaan Desa Felda Tenang

Pusat Ilmu Tumpuan Penduduk

P

erpustakaan Desa Felda Tenang mula beroperasi sejak tahun 2001. Pada waktu itu, perpustakaan desa ditempatkan di dalam sebuah balai raya dan hanya menawarkan perkhidmatan pinjaman buku. Oleh sebab kapasiti buku bertambah dan kehadiran penduduk semakin meningkat, maka sebuah bangunan baru yang lebih besar dan selesa didirikan.

 
 
Persekitaran di Perpustakaan Desa

Kini, bangunan Perpustakaan Desa FELDA Tenang boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa. Antara buku-buku yang disediakan ialah buku agama, buku “humor”, buku rujukan, novel dan pelbagai genre yang lain mengikut cita rasa pengunjung yang datang. Adanya perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) percuma menambahkan lagi kunjungan penduduk ke perpustakaan desa ini.

 
 
Kemudahan komputer turut disediakan

Seorang Pegawai Penyelaras bertanggungjawab sepenuhnya terhadap operasi perpustakaan ini. Norsidah Norzari mula berkhidmat di perpustakaan ini sejak ia mula dibuka. Proses pinjaman buku di perpustakaan ini sama seperti perpustakaan desa yang lain. Tempoh masa maksimum untuk pinjaman buku sehingga dua minggu. Sekiranya lewat, bayaran denda akan dikenakan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK