Hasil Getah
| |
 |
| |
| Ladang getah ini memberi pendapatan kepada penduduk. |
|
epanjang perjalanan ke Felda Tenang, kelihatan banyak deretan pokok getah di kiri kanan jalan. Ini kerana penduduk di sini kebanyakannya adalah penoreh getah. Abidin Alias atau lebih dikenali sebagai Pak Bidin merupakan pekebun kecil yang memiliki kebun getah sendiri. Kebun getah beliau berkeluasan kira-kira tiga hektar dan diusahakan bersama isterinya. Biasanya Pak Bidin keluar menoreh getah seawal pukul 7.00 pagi dan pulang apabila lewat tengah hari. Biasanya proses menoreh getah akan dilakukan selama beberapa minggu sebelum getah beku terhasil. Getah beku yang terhasil akan dijual kepada pusat pengumpulan getah yang terletak berhampiran dengan Perpustakaan Desa Felda Tenang pada harga RM4.20 sekilogram.
|