Prasarana pendidikan yang sempurna

Membentuk Generasi Berilmu

S
 
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin

ekolah Rendah Kebangsaan LKTP Tenang (SRK LKTP Tenang) terletak di tengah - tengah kawasan Felda Tenang. Kedudukannya yang strategik memudahkan para pelajar menuntut ilmu. Bagaimanapun, sekolah ini hanya mempunyai satu sesi, iaitu sesi pagi. Seramai 250 orang murid belajar di sekolah ini dengan bimbingan kira-kira 25 orang guru dan tujuh kakitangan pejabat. Selain itu, terdapat sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah aliran Cina di sini iaitu Sekolah Menengah Kamarul Ariffin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Tenang.

Bagi menambahkan lagi ilmuwan dan pendidikan Islam anak-anak penduduk di sini, sebuah sekolah agama turut dibina. Sekolah Agama Felda Tenang terletak bersebelahan dengan SRK LKTP Tenang. Seramai 300 orang murid menuntut di sekolah agama ini. Sekolah ini mempunyai tiga sesi persekolahan, iaitu bermula dari pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang, 3.30 petang hingga 5.00 petang dan 5.00 petang hingga 6.30 petang. Dengan adanya sekolah agama ini ibu bapa di Felda Tenang berharap agar anak-anak mereka mampu menjadi generasi yang berilmu dan bertakwa.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK