Kaya Dengan Hidupan Alam Semulajadi
ektor pertanian menjadi salah satu kegiatan ekonomi terpenting dalam ekonomi negara. Sejak zaman penjajahan dan pasca merdeka lagi, negara memberi tumpuan kepada sektor pertanian. Sumbangan sektor itu cukup penting dalam konteks memajukan kehidupan manusia dan masyarakat. Misalnya, pembukaan pelbagai rancangan Felda memberi kehidupan baru kepada keluarga Melayu, terutama di kawasan luar bandar sejak ditubuhkan pada 1956.
| |
 |
| |
| Gajah liar ini terdapat di kampung sekitar |
|
Felda Tenang yang terletak di Negeri Johor Darul Takzim tidak terkecuali menjadi salah satu tanah rancangan yang dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Jika ingin menjejakkan kaki ke Felda Tenang, mestilah melalui Jalan Pekan Labis dan dari situ perjalanan hendaklah diteruskan hingga sampai ke Bandar Segamat yang jaraknya kira-kira 36 kilometer.
Papan tanda “Felda Tenang” sedia menyambut kedatangan pengunjung. Sepanjang jalan masuk ke kawasan Felda ini kelihatan landskap indah dengan hiasan pasu-pasu bunga bersaiz besar ditanam dengan pelbagai spesies pokok bunga yang cantik, segar dan menarik. Pasu-pasu bunga ini seolah-olah mengalu-alukan kedatangan setiap pengunjung.
Kawasan sekitar Felda Tenang kaya dengan pelbagai jenis hidupan alam semula jadi. Melihat pemandangan hijau dan suasana nyaman di sini cukup menggambarkan Felda Tenang dikelilingi dengan hutan belantara. Hutan tebal tersebut bukan sahaja menyimpan pelbagai hidupan semula jadi bahkan binatang liar seperti gajah turut terdapat di situ. Sehingga hari ini Jabatan Perhilitan masih giat menjalankan pemburuan dan penangkapan gajah-gajah liar yang merosakkan tanaman atau mengancam penduduk kampung. |