Perusahaan baulu

Kuih Baulu Mendapat Tempat

A

ntara projek keusahawanan yang dijalankan di bawah program Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI) ialah projek membuat kuih baulu yang diusahakan seorang penduduk Felda Tenang, Jamaliah Haji Ismail. Jamaliah menawarkan pelbagai jenis kuih baulu seperti baulu ikan, baulu cermai dan baulu berperisa oren dan pandan. Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri berupa pinjaman kewangan dan peralatan membuat kuih baulu. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dan kos yang ditanggung dalam menghasilkan kuih baulu ini.

 
Mesin-mesin penghasilan kuih baulu
 

Baulu buatan Jamaliah juga semakin disukai dan mendapat tempat di hati penduduk sekitar. Justeru, tempahan daripada pelanggan juga meningkat lebih-lebih lagi menjelang musim kenduri kahwin. Pernah suatu ketika beliau dan keluarga tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan yang banyak. Disebabkan itulah, beliau turut mengupah seorang penduduk kampung untuk membantunya. Kuih baulu beliau turut dijual di Stesen Bas Larkin. Berkat kegigihan beliau kini menampakkan hasil apabila beliau mampu memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.

 
Pembuatan parang tradisional Pak Ali
 

Selain itu, terdapat seorang warga emas yang tinggi daya kreativitinya. Ali Jamok atau lebih dikenali sebagai Atuk Ali berkecimpung dalam seni membuat dan mereka bentuk sarung parang, pedang dan keris sejak puluhan tahun dahulu. Keunikan sarung senjata buatan tangannya itu menjadi bualan pengumpul dan peminat senjata tradisional di seluruh pelosok tanah air. Orang-orang kenamaan turut menempah sarung parang buatan Atuk Ali.

Bagaimanapun, beliau lebih banyak menghasilkan sarung parang berbanding keris kerana pembuatan sarung keris lebih rumit. Lebih-lebih lagi dengan usia yang semakin meningkat tidak mengizinkan beliau untuk menerima tempahan sarung keris lagi. Atuk Ali menawarkan harga tidak melebihi RM600 bagi satu sarung mengikut jenis kayu dan saiz yang digunakan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK