Klinik Desa Felda Tenang

Kepelbagaian Kemudahan Kesihatan

M
 
 
Pemandangan luar Klinik Desa

ajoriti penduduk di Felda Tenang mengamalkan gaya hidup sihat. Setiap pagi kelihatan beberapa penduduk melakukan senaman ringan sama ada di hadapan rumah masing-masing atau di sekitar kawasan tanah rancangan.

Sungguhpun begitu, kata pepatah ‘malang tidak berbau’ sekiranya ada di kalangan penduduk yang jatuh sakit dan memerlukan rawatan perubatan, maka Klinik Desa Felda Tenang menjadi tumpuan. Klinik desa ini dikendalikan oleh dua orang Jururawat Masyarakat dan seorang Pembantu Perubatan yang cukup berpengalaman. Pelbagai kemudahan perubatan disediakan di sini antaranya perkhidmatan kaunseling kesihatan, pemeriksaan ibu mengandung dan juga rawatan kesihatan kanak-kanak.

 
Peralatan perubatan yang lengkap
 

Klinik desa ini turut menganjurkan pelbagai kempen kesihatan untuk menimbulkan kesedaran kepada penduduk di sini. Antara kempen yang pernah dianjurkan ialah “Kempen Perangi Aedes” dan “Katakan Tidak Kepada Rokok”. Melalui kempen ini, secara tidak langsung, dapat membuka mata penduduk akan kepentingan menjaga kesihatan.

Antara peralatan yang terdapat di klinik desa ini ialah mesin timbang dan alat pengukur ketinggian. Sebarang masalah kesihatan yang serius akan dirujuk ke Klinik Kesihatan Labis untuk rawatan susulan.

Jika dahulu terdapat beberapa tukang urut yang mahir dalam perubatan tradisional, namun kini tidak lagi. Generasi kedua yang lahir di tanah rancangan ini kurang berminat mempelajari ilmu perubatan tradisional. Taraf pendidikan yang semakin meningkat menjadikan anak-anak muda kampung lebih memilih kepada perubatan moden.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK