Keretapi Jadi Alternatif
elain mempunyai kemudahan jalan raya berturap, terdapat sebuah stesen kereta api yang terletak di Labis, lapan kilometer dari Felda Tenang. Stesen kereta api ini wujud sejak tahun 1900. Pihak Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat meletak kenderaan percuma dan ruang menunggu yang selesa. Sebuah jejantas turut dibina untuk keselamatan pengguna.
Selain itu, Sebuah Balai Islam turut dibina di Felda Tenang untuk kemudahan penduduk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam. Lazimnya, kelas Fardu Ain ini diadakan di masjid pada setiap hari Rabu dan Khamis. Antara prasarana lain yang dibina ialah kemudahan beribadat seperti surau dan masjid. Kemudahan komunikasi seperti telefon awam turut disediakan dengan sempurna. |