Rumah kepunyaan Tuan Haji Abdul Hamid

Kolam Air Panas

S
 
 
Antara rumah yang telah diubah suai reka bentuknya menjadi lebih moden

ungguhpun penduduk Felda Tenang berada di dalam kelompoknya sendiri, mereka tetap mempunyai kampung sekitar lain yang berdekatan. Pekan Air Panas dengan majoriti penduduk berbangsa Cina merupakan pekan terdekat kepada penduduk Felda Tenang kerana jarak perjalanannya cuma empat kilometer. Pekan Air Panas sering dikunjungi orang ramai dan terkenal di kalangan penduduk tempatan dan luar bandar kerana kemasyhuran kolam air panasnya. Boleh dikatakan, saban hari penduduk Felda Tenang akan datang ke Pekan Air Panas ini untuk menikmati kehangatan air kolam tersebut.

"Kewujudan kolam air panas dan kawasan air terjun dapat menjalin hubungan rapat setiap penduduk kampung."  
   

Selain itu, terdapat sebuah lagi kampung berhampiran Felda Tenang iaitu Kampung Tenang. Kampung ini juga menjadi salah satu kampung tumpuan orang ramai kerana di situ terdapat kawasan air terjun yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan perkelahan. Dari Felda Tenang ke kampung ini mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit pemanduan.

Kewujudan tempat peranginan seperti kolam air panas dan kawasan air terjun di sekitar Felda Tenang secara tidak langsung, setiap penduduk dapat menjalin hubungan rapat di antara satu sama lain kerana mereka akan tertumpu di tempat yang sama untuk beriadah.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK