Ketua Kampung Felda Tenang

Projek-projek Kecil

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan bagi memastikan pembangunan sekitar tanah rancangan dilaksanakan mengikut perancangan kerajaan. JKKK juga berperanan dalam memajukan kawasan tanah rancangan dan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan perhubungan dan perpaduan di antara penduduk.

Selain itu, pihak JKKK kampung turut berganding bahu dengan penduduk dalam melaksanakan projek mengindahkan kawasan perumahan. Antara usaha yang dilakukan adalah membaik pulih dan membersihkan kawasan sekitar kediaman. Keindahan landskap di sepanjang jalan utama Felda Tenang juga merupakan salah satu projek kecil yang berjaya dilaksanakan oleh pihak JKKK kampung tersebut.

Mesyuarat juga kerap diadakan bagi meninjau segala masalah berkaitan hal ehwal penduduk. Biasanya mesyuarat ini akan diadakan di balai raya yang terletak berhampiran dengan Perpustakaan Desa Felda Tenang.



 
Penafian | Laman Web KTAK