Pekan Labis

Mencari Rezeki Halal

S
 
 
Pusat pengumpulan getah sekerap

elain menoreh getah, perusahaan ladang kelapa sawit menjadi salah satu sumber utama pendapatan penduduk di Felda Tenang. Permintaan terhadap kelapa sawit yang semakin tinggi memberi ruang kepada pekebun-pekebun kecil meningkatkan lagi pengeluaran buah kelapa sawit sekali gus dapat meningkatkan jumlah pendapatan mereka.

Selain itu, terdapat segelintir penduduk yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Penduduk di sini memulakan perniagaan dengan membuka kedai runcit dan kedai makan. Sungguhpun perniagaan ini tidak menjanjikan pulangan yang lumayan, pendapatan yang diperoleh membantu penduduk meningkatkan taraf hidup lebih selesa.

Walaupun kos hidup di kampung rendah, penduduk Felda Tenang sentiasa berusaha untuk memperbaiki taraf hidup. Mereka juga sentiasa berikhtiar mencari jalan untuk mendapatkan rezeki yang halal.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK