Papan tanda “FELDA Tenang” sedia menyambut kedatangan pengunjung. Sepanjang jalan masuk ke kawasan Felda ini kelihatan landskap indah dengan hiasan pasu-pasu bunga bersaiz besar yang ditanam dengan pelbagai spesies pokok bunga yang cantik, segar dan menarik. Bunga-bungaan ini menambah keindahan dan mewujudkan suasana yang menceriakan. |
Suatu masa dahulu, permainan tradisional wau, congkak sepak raga dan gasing menjadi salah satu permainan paling diminati ramai. Kini, permainan seumpama ini semakin dilupakan kerana wujudnya permainan-permainan baru yang lebih popular seperti bowling, badminton, bola sepak dan bola jaring. Di Felda Tenang penduduknya menjadikan permainan gasing sebagai aktiviti riadah bagi memenuhi waktu lapang. |