Pejabat Felda Palong Timur

P
 
 
Kelengkapan IT di Perpustakaan Desa Felda Palong Timur

erpustakaan Desa Felda Palong Timur merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap negeri yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. USP bertujuan untuk mengurangkan kadar buta teknologi maklumat (IT) dalam kalangan masyarakat hari ini.

Bangunan Perpustakaan Felda Palong Timur asalnya merupakan pejabat Felda Palong Timur. Kemudian perpustakaan ini diubahsuai dan mula beroperasi pada tahun 1992. Persekitaran yang selesa di perpustakaan menjadikan bangunan ini sebuah tempat yang selesa untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga menggunakan kemudahan yang disediakan. Perpustakaan ini di bawah seliaan Jamilah Mohammad dalam menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan Desa Felda Palong Timur beroperasi dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

 


 
 
Penafian | Laman Web KTAK