Bergerak Seiring Wawasan 2020
engikut bancian dianggarkan penduduk di sekitar Felda Palong Timur kira-kira 800 orang. Penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Penduduk Felda Palong Timur masih berpegang kuat pada nilai-nilai murni dan adat resam yang diamalkan sejak dahulu lagi. Sikap tolak ansur antara penduduk yang wujud menjadi pegangan bagi memelihara perpaduan antara mereka.
Kebanyakan penempatan yang terdapat di sini adalah secara berderet di sepanjang Felda Palong Timur. Jenis-jenis rumah yang terdapat di sini adalah jenis banglo, rumah jenis kayu, jenis batu dan jenis separa batu atau kayu dan lain-lain. Namun, sebaik sahaja pengunjung memasuki tanah rancangan ini pasti kelihatan banyak rumah peneroka di sini telah diubahsuai dan selebihnya dalam proses pengubahsuaian bagi tujuan keselesaan.
Walaupun Felda Palong Timur terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri. Selain itu, perkhidmatan bas awam juga disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan. Perubahan yang dialami di tanah rancangan serta kerajinan para peneroka mempelbagaikan pendapatan telah mengubah wajah kehidupan mereka dan memberi keselesaan pada waktu ini.
|