Sektor Pertanian Tunjang Pendapatan Penduduk

S

ektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor yang moden, komersial dan berdaya saing. Kegiatan tanaman kelapa sawit di Felda Palong Timur merupakan penjana utama ekonomi penduduk di sini. Ladang kelapa sawit seluas 3277.56 hektar dibahagikan kepada tiga tanah rancangan iaitu kawasan penempatan Felda Palong Timur 1, Felda Palong Timur 2 dan Felda Palong Timur 3. Sektor perladangan ini masih menjadi penyumbang dalam ekonomi penduduk walaupun hanya golongan dewasa dan tua yang menjalankan aktiviti pertanian di kampung ini.

Tanaman Kontan

 
 
Tanaman kontan dikelilingi oleh tanaman utama

Selain tanaman kelapa sawit, tanaman sayur-sayuran seperti terung, kacang panjang, tomato dan cili hijau juga diusahakan di tanah rizab yang diberikan kepada peneroka. Tanaman sayur-sayuran ini diusahakan oleh Roziman Jamil yang menanam pelbagai jenis sayuran hampir dua tahun. Pertanian di Felda Palong Timur masih lagi menjadi subjek relevan di kampung ini. Oleh kerana keadaan geografi tanah yang begitu bersesuaian hasilnya begitu produktif. Lantaran itu, hasilnya dipasarkan di sekitar Felda atau di pasar-pasar kampung sekitar.

 

 
Kawasan pertanian buah naga
 

Dengan wujudnya kepelbagaian hasil pertanian di Felda Palong Timur, hasrat kerajaan menjadikan pertanian luar bandar sebagai industri penting tercapai. Pertanian kini mampu menjana pendapatan yang tinggi di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada peneroka Felda.

 

 

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK