Pelajar Kompetitif Dalam Pasaran Kerja
enyedari pentingnya pendidikan dalam pembangunan modal insan, Felda meneruskan usaha-usaha pembangunan pendidikan anak-anak peneroka bagi menjadikan mereka lebih kompetitif dalam pasaran kerja masa kini. Untuk membentuk manusia yang berilmu, kerajaan telah menyediakan pelbagai infrastruktur di Felda Palong Timur. Antara kemudahan tersebut termasuklah Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Sekolah Agama dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Sekolah rendah yang berhampiran dengan Felda Palong Timur ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Palong Timur 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Palong Timur 2. Sekolah Rendah berkenaan terletak dalam kawasan Felda Palong Timur. Bagi sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong Timur 2 terletak kira-kira dua kilometer dari Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Palong Timur 1 dan 2.
Di samping itu, terdapat juga Sekolah Agama Felda Palong Timur . Tabika KEMAS pula disediakan bagi pendidikan anak-anak peneroka yang berusia empat hingga enam tahun. Institusi pendidikan agama islam seperti kelas Fardu Ain (KAFA) turut disediakan agar pelajar-pelajar di sini mempelajari isu-isu agama. Sekolah khas untuk kelas pembelajaran agama ini di kelola oleh Sekolah Agama Felda Palong Timur.
|