Aktiviti Keusahawanan Tambah Pendapatan

K
 
 
Mujihorno Badri di dalam bengkel besi yang beliau usahakan

ewujudan usahawan yang terdiri daripada peneroka membuktikan bahawa peneroka Felda Palong Timur mempunyai inisiatif sendiri untuk menambahkan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan oleh mereka. Antaranya bidang pembuatan bahan besi dan pembuatan makanan. Ini merupakan satu pencapaian terbaik bagi masyarakat di sini.

Melalui kemahiran yang ada, Mujihorno Badri menjalankan pembuatan parang secara kecil-kecilan sejak 15 tahun yang lalu. Beliau boleh membentuk parang mengikut saiz dan reka bentuk yang diinginkan oleh pelanggan. Selain dari parang, Mujihorno juga menerima tempahan membuat pisau toreh.

 
Norlela Munir sedang melakukan proses penghasilan baulu
 

Bagi keusahawanan wanita pula, mereka menceburi bidang keusahawanan untuk menambahkan pendapatan keluarga. Kebanyakan golongan ini menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kawasan perumahan mereka. Noraini Tauri mendapat bantuan bangunan dan kewangan sebanyak RM20 000 dari Pejabat Pertanian Negeri untuk menjalankan perniagaan membuat baulu, kerepek, rempeyek dan kek. Produk makanan beliau mendapat permintaan daripada penduduk sekitar.

 

Ternakan Itik

 
 
Itik telur diternak oleh Rahman Saidi

Rahman Saidi juga tidak ketinggalan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Beliau mengusahakan penghasilan telur masin. Lebih kurang 500 ekor itik diternak oleh Rahman bagi tujuan penghasilan telur-telur itik. Telur-telur ini kemudiannya dipasarkan ke sekitar kawasan Felda. Beliau boleh mendapat lebih kurang 2000 biji telur itik dalam masa sebulan. Permintaan yang tinggi dari kalangan penduduk setempat, menaikkan lagi semangat beliau untuk terus menternak itik untuk menjana pendapatan beliau.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK