Kemudahan Kesihatan Untuk Penduduk
erajaan telah menyediakan beberapa kemudahan kesihatan seperti hospital besar, klinik kesihatan, klinik pergigian dan klinik bagi ibu-ibu mengandung. Semua kemudahan kesihatan ini disediakan supaya penduduk Felda Palong Timur dapat menjalani kehidupan yang sihat dan ceria. Antara kemudahan kesihatan yang disediakan di Felda Palong Timur ialah Klinik Desa Felda Palong Timur.
Klinik Desa Felda Palong Timur ini terletak dua kilometer dari Perpustakaan Desa Felda Palong Timur. Klinik ini beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik desa ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Felda Palong Timur dan kawasan berdekatan.
|