Pondok Polis Disediakan
alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun peneroka Felda Palong Timur berganding bahu bagi memastikan keamanan kawasan penempatan mereka. Selain itu, tanggungjawab ini dipikul oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dengan mewujudkan Biro Keselamatan yang menjadi tonggak penduduk di sini.
Felda Palong Timur terletak dalam kawasan atau kawalan pondok polis Felda Palong Timur yang terletak tiga kilometer dari kawasan Felda. Selain JKKR dan polis, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung. RELA dianggotai oleh para peneroka Felda yang berumur 16 tahun ke atas. Anggota RELA Felda Palong Timur disertai seramai 82 orang yang bertugas secara sukarela dan selalunya mengikut giliran. Melalui kemudahan keselamatan ini, tahap keselamatan di Felda Palong Timur berada dalam keadaan yang terkawal.
|