Prasarana Lengkap

K

emudahan asas yang terdapat di Felda Palong Timur sangat lengkap dengan prasarana yang telah dibangunkan. Banyak perubahan yang dapat dilihat. Jika dahulu jalan raya hanya bertanah merah, tetapi kini jalan rayanya telah berturap. Penduduk Felda Palong Timur dapat menarik nafas lega kerana telah diberi kemudahan prasarana yang mencukupi. Bukan setakat itu, Penduduk Felda Palong Timur kini mampu menikmati bekalan air bersih dan elektrik.

Selain itu, terdapat banyak kemudahan lain disediakan, antaranya, sekolah rendah dan menengah, sekolah agama, masjid, dewan serbaguna, tadika dan bangunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Rancangan (JKKR). Kemudahan asas seperti pondok polis untuk tujuan keselamatan, bangunan Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW) juga disediakan sebagai pusat perniagaan bagi warga peneroka kerana kebanyakannya membuka kedai runcit dan kedai makanan di kawasan rumah.

Sistem pengangkutan awam seperti bas dan teksi turut disediakan bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke pekan dan bandar berdekatan. Prasarana yang lengkap membolehkan warga peneroka menikmati pembangunan yang disediakan oleh kerajaan disamping dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK