Sukan Mengeratkan Ikatan Ukhuwah

F

elda Palong Timur bersempadan dengan Kampung Pudu, Kampung Lanjut, Kampung Puting dan Kampung Mensudut. Manakala Pekan Batu Anam pula merupakan pekan yang paling hampir dengan Felda Palong Timur. Selain itu, kawasan Felda Palong Timur juga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Felda Palong Timur 1, Felda Palong Timur 2 dan Felda Palong Timur 3.

Penduduk Felda Palong Timur menjalankan pelbagai aktiviti bersama-sama bagi mengeratkan ikatan ukhuwah sesama kampung sekitar. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Palong Timur telah menganjurkan aktiviti-aktiviti kesukanan dan sering mendapat sambutan daripada peneroka tidak kira dari golongan dewasa mahupun belia. Antara aktiviti kesukanan yang diadakan ialah pertandingan bola sepak dan badminton.

Biasanya, Dewan Orang Ramai Felda Palong Timur menjadi tempat warga peneroka berkumpul untuk bermain pada setiap petang dan menjadi tempat mesyuarat peneroka Felda Palong Timur. Aktiviti ini merupakan acara tahunan penduduk di sini dengan harapan penduduk dan JKKR dapat bersatu-padu dan memantapkan kemajuan Felda Palong Timur.

Kebanyakan penduduk di Felda Palong Timur mengutamakan aspek kejiranan dalam kehidupan seharian. Ini kerana semangat kejiranan adalah asas yang paling penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, maju dan harmoni.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK