Ditadbir Oleh Pengurus Felda

F
 
 
Abdul Manap Talib, Pengurus Felda Palong Timur 3

elda Palong Timur ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). JKKR ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa yang berperanan merapatkan hubungan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKR, maklumat–maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. JKKR juga berperanan dalam mengatur projek-projek kecil yang memberi faedah kepada masyarakat Felda seperti gotong-royong, sukan dan lain-lain.

JKKR ditadbir oleh seorang pengurus Felda iaitu Abdul Manap Talib yang menjaga Felda Palong Timur 3 dan kemudian beliau melantik ketua-ketua dalam kalangan peneroka untuk menjaga satu blok kawasan penempatan yang didiami oleh 20 orang peneroka. Melalui pentadbiran beliau pelbagai biro diwujudkan bagi memantapkan lagi organisasi JKKR. Antaranya ialah Biro Keselamatan Kampung, Biro Pertanian, Biro Kebajikan, Biro Belia, Biro Wanita, Biro Agama dan pelbagai biro yang dibentuk bagi kemajuan Felda Palong Timur.

Sehingga kini, program-program yang telah dikendalikan oleh JKKR berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Contohnya, JKKR bersama warga peneroka mengadakan aktiviti gotong-royong dalam membersihkan kawasan Felda dan aktiviti kesukanan bagi merapatkan hubungan silaturahim. Sementara itu, JKKR Felda ini turut merancang aktiviti kemasyarakatan untuk masa hadapan.

JKKR Felda Palong Timur sentiasa mengharapkan kerjasama daripada peneroka untuk memastikan setiap rancangan yang diaturkan berjalan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu memajukan Felda Palong Timur. Melalui JKKR juga, masyarakat di sini telah mendapat pelbagai maklumat berguna seperti hal-hal pembangunan dan dasar-dasar kerajaan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK