Pelbagai Sektor Menjana Ekonomi Felda

S
 
 
Penternakan itik yang diusahakan oleh warga peneroka

ektor ekonomi penduduk Felda Palong Timur dijana melalui sektor perladangan, pertanian, penternakan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hampir 90 peratus peneroka menjalankan aktiviti perladangan seperti tanaman kelapa sawit di sekitar tanah rancangan untuk menyara kehidupan keluarga mereka. Bagi sektor pertanian, tanaman kelapa sawit diusahakan di tanah yang berkeluasan hampir 3277.56 hektar dan terdapat juga penduduk di sini menjalankan pertanian secara kecil-kecilan. Walaupun begitu, masih mampu membantu penduduk untuk menampung kehidupan dan menyara keluarga.

 
Warga peneroka aktif dalam perladangan kelapa sawit di tanah seluas 3277.56 hektar
 

Selain itu, terdapat juga sebahagian warga peneroka yang menerima pendapatan melalui aktiviti perniagaan seperti membuka bengkel motosikal dan kereta, kedai runcit dan juga warung-warung makanan di Felda Palong Timur. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga menyumbang dalam pendapatan penduduk kampung melalui industri pembuatan kuih baulu, penghasilan telur itik dan pembuatan parang merupakan antara perusahaan yang dijalankan di sini.

Perolehan bantuan daripada pihak berwajib sememangnya membantu meningkat perusahaan yang dibangunkan oleh warga peneroka. Bantuan dari segi kemahiran, latihan, barangan dan juga pinjaman wang sedikit sebanyak membantu sektor perusahaan Felda Palong Timur berkembang dengan jayanya.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK