Keusahawanan merupakan bidang yang baru diceburi oleh peneroka Felda Palong Timur. Peluang ini tidak disia-siakan oleh Rahman Saidi yang giat menceburkan diri dalam bidang ini. Beliau mengusahakan penghasilan telur masin. Telur-telur ini dipasarkan di sekitar kawasan Felda. Permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat, menaikkan lagi semangat beliau untuk terus menternak itik bagi menjana pendapatan beliau. Selain itu, Mujihorno Badri pula menjalankan pembuatan parang secara kecil-kecilan sejak 15 tahun yang lalu. Beliau membentuk parang mengikut saiz dan reka bentuk yang diinginkan oleh pelanggan. Selain parang, beliau juga menerima tempahan membuat pisau toreh daripada pelanggannya.


Sosioekonomi Keusahawanan

Sektor ekonomi penduduk Felda Palong Timur dijana melalui sektor perladangan, pertanian, penternakan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hampir 90 peratus peneroka menjalankan aktiviti perladangan seperti tanaman kelapa sawit di sekitar tanah rancangan untuk menyara kehidupan keluarga mereka. Bagi sektor pertanian, tanaman kelapa sawit diusahakan atas tanah yang berkeluasan hampir 3277.56 hektar dan terdapat juga penduduk di sini mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan.

Kewujudan usahawan yang terdiri daripada peneroka yang membuktikan bahawa warga peneroka Felda Palong Timur mempunyai inisiatif sendiri dalam menambah pendapatan mereka. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang diusahakan oleh mereka. Antaranya bidang pembuatan bahan besi dan pembuatan makanan. Ini merupakan satu pencapaian baik bagi masyarakat di sini.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK