Belia Aktif Dalam Aktiviti Berpersatuan
ebagai sebuah negara yang menuju ke arah negara maju, penglibatan belia dalam kehidupan masyarakat perlu ditingkatkan untuk melahirkan belia yang berkualiti. Golongan belia merupakan aset yang amat berharga kepada sesebuah negara. Mereka merupakan bakal pemimpin dan penggerak dalam menentukan pembangunan pada masa hadapan.
Penglibatan belia-belia di Felda Palong Timur dalam kegiatan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) di sini amat menggalakkan tidak kira dalam bidang sukan, kebudayaan dan keagamaan. Persatuan Belia Felda Palong Timur yang didaftarkan di bawah Majlis Belia Daerah bertujuan untuk membantu mereka merencankan aktiviti.
Belia di sini juga bergiat aktif dalam aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan seperti menganjurkan aktiviti gotong-royong yang melibatkan belia dan JKKR bagi membersihkan kawasan persekitaran yang dilakukan ketika menjelang musim perayaan dan kenduri-kendera. Selain itu, belia di sini juga menubuhkan kumpulan kebudayaan seperti Kumpulan Kompang, Kumpulan Kuda Kepang dan Kumpulan Tarian Zapin yang dikelolakan oleh Biro Belia kawasan mereka. Kumpulan ini sering kali mendapat jemputan daripada pelbagai pihak, tidak kira dari penduduk setempat dan kampung sekitar untuk membuat persembahan dalam apa jua majlis rasmi atau tidak rasmi. Melalui aktiviti yang diadakan, belia di sini mendapat pendedahan dan pengalaman dalam memberi khidmat dan sumbangan kepada kampung mereka.
|