Merapatkan Jurang Ilmu

P
 
 
Kemas. Suasana di dalam Perpustakaan Desa Felda Medoi

erpustakaan Desa Felda Medoi merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan bagi merapatkan jurang digital antara penduduk desa dan penduduk bandar. Perkhidmatan yang menyediakan komputer dan internet digunakan sepenuhnya oleh penduduk terutama pelajar-pelajar dan belia untuk menyelesaikan tugas berkaitan dengan pelajaran. Mereka kini semakin terdedah dengan internet berbanding pada masa lalu. Para pelajar atau belia yang menggunakan perkhidmatan Internet akan diawasi oleh penyelaras bagi mengelakkan mereka menggunakannya untuk tujuan yang salah.

Uniknya tentang Perpustakaan Desa Felda Medoi ialah waktu operasinya. Selain dari beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, penyelaras juga membuka Perpustakaan Desa Felda Medoi pada waktu malam jika terdapat permintaan. Pengunjung hanya perlu membayar 50 sen untuk caj elektrik. Perpustakaan Desa Felda Medoi boleh memuatkan kira-kira 30 hingga 40 pengunjung pada sesuatu masa. Purata seramai 30 orang menggunakan perkhidmatan ini sehari atau kira-kira 100 orang sebulan. Perpustakaan desa juga sering menganjurkan aktiviti pertandingan seperti jigsaw puzzle, mewarna dan melukis khas untuk murid-murid pra sekolah dan sekolah rendah. Pelajar-pelajar juga menggunakan kemudahan internet untuk membuat permohonan secara dalam talian bagi melanjutkan pelajar ke institut pengajian tinggi atau memohon pekerjaan.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK