Diteroka Pada 1963
elda Medoi mula dibuka pada pertengahan 1963 sebagai sebahagian daripada program pembangunan tanah pinggir untuk Bumiputera oleh kerajaan ketika itu. Nama Medoi diperolehi daripada nama seorang penduduk tempatan di situ bernama Tok Medoi yang dikatakan telah membuka penempatan awal di situ. Masyarakat sekitar pada ketika itu sangat menghormati beliau kerana mempunyai pengetahuan yang luas. Nama Medoi diabadikan sebagai mengingati jasa-jasanya.
Seperti di kebanyakan tanah rancangan Felda, pembangunan di Medoi tidak dipinggirkan. Pelbagai kemudahan dan prasarana telah disediakan. Daripada sebuah kawasan tanah pinggir yang terbiar, Felda Medoi kini mempunyai kemudahan-kemudahan seperti sekolah rendah, balai polis dan balai raya di samping kemudahan asas seperti elektrik dan air juga perhubungan telefon.
|