Keluarga Peneroka

B

erdasarkan statistik tahun 2007, penduduk Felda Medoi dianggarkan seramai 1,500 orang. Mereka merupakan peneroka dan keluarga yang telah melalui kehidupan di Felda itu sejak beberapa keturunan atau generasi. Bagaimanapun, terdapat juga orang luar yang berada di situ sebagai penoreh getah atau pengait kelapa sawit. Mereka diupah oleh para peneroka kerana tidak mampu melakukanya secara sendiri.

Bersesuaian dengan budaya hidup di tanah atau penempatan Felda, pekerjaan utama peneroka di Medoi amat sinonim dengan aktiviti pertanian atau perladangan. Mereka perlu gigih bekerja dan kuat semangat di samping memiliki kesihatan badan yang baik. Boleh dikatakan, ahli keluarga juga turut sama membantu kerja-kerja di ladang. Pun begitu, ada juga di kalangan peneroka yang mengusahakan perniagaan seperti membuka kedai runcit, bengkel basikal dan motosikal serta menjaja makanan sebagai usaha menambah pendapatan.

Penempatan peneroka juga bertaburan kerana membina rumah di tanah masing-masing. Pendek kata, rumah-rumah mereka agak terpisah kira-kira 200 ke 500 meter antara satu sama lain. Dari segi cara hidup, mereka merupakan penduduk yang rajin dan mengamalkan budaya hidup orang Melayu berketurunan Jawa. Sebagai makluman, penduduk sekitar Felda Medoi adalah orang-orang Jawa yang berasal dari beberapa tempat di Negeri Johor.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK