Bantuan Kerajaan

P

ertanian adalah kegiatan utama di Felda Medoi dan kawasan-kawasan sekitarnya. Selain peneroka, penduduk-penduduk di kampung berhampiran juga telah sekian lama melibatkan diri di dalam aktiviti pertanian. Tanaman yang terbesar di sini ialah getah dan kelapa sawit. Cuma yang berbeza, tanaman getah dan kelapa sawit diuruskan oleh Felda secara terancang manakala pekebun-pekebun kecil mengusahakannya secara individu. Namun, agensi-agensi kerajaan berkaitan tetap memberikan perhatian dan jika perlu menghulurkan bantuan yang sesuai.

Di pihak Felda pula, antara bantuan disalurkan kepada peneroka ialah baja, anak benih dan juga modal kepada yang layak. Hasil tanaman itu akan dikutip dan dihantar ke kilang-kilang pemprosesan. Susu getah misalnya perlu melalui beberapa proses sebelum dijual kepada pemborong atau orang tengah mengikut harga pasaran. Harga pasaran kelapa sawit semasa dianggarkan kira-kira RM750 se tan. Getah pula kira-kira RM3.00 sekilogram manakala getah beku yang disebut ‘ojol’ boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK