Institusi pendidikan di Felda Medoi

W

alaupun hidup sebagai anak peneroka, ini tidak bermakna mereka tidak boleh berjaya dalam pelajaran. Telah terbukti, anak peneroka juga meraih kejayaan yang cemerlang, melanjutkan pelajaran ke menara gading dan ada juga yang menuntut di luar negara. Di Felda ini, kemudahan tadika dan sekolah rendah telah lama disediakan. Kanak-kanak serendah usia lima tahun telah mula dihantar ke sekolah-sekolah tadika. Di peringkat rendah, Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Medoi mempunyai kira-kira 300 orang murid dengan 30 orang guru. Juga disediakan sebuah kelas Pendidikan Khas yang mempunyai lapan orang murid istimewa.

Bagi pihak Felda pula, kelas-kelas tambahan dianjurkan khusus kepada murid-murid yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam pelajaran atau peperiksaan akan diberikan anugerah oleh pengurusan Felda. Sekurang-kurangnya ia akan mendorong pelajar-pelajar lain untuk berusaha dan mencapai kecemerlangan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK