Bengkel-bengkel Perusahaan Oleh Belia
| |
 |
| |
| Seorang pelanggan sedang membelek katalog |
|
rogram Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga diwujudkan di kawasan Felda Medoi. Langkah ini bersesuaian dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi penduduk atau peneroka melalui kegiatan-kegiatan hiliran atau perniagaan berskala kecil. Di Medoi, seorang penduduk membuka bengkel mengecat kereta yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun. Terkenal dengan nama Miza Motor Autocolour, kerja mengecat kereta dikenakan bayaran antara RM1,000 ke RM2,500 untuk sebuah kereta.
Selain bengkel mengecat kereta, terdapat bengkel membuat kerepek yang diusahakan oleh penduduk kampung yang berhampiran. Nor Hamidah Japri merupakan antara pengusaha kerepek yang berjaya di kawasannya. Beliau memasarkan kerepek-kerepeknya di sekitar Johor dan kawasan-kawasan lain seperti Negeri Sembilan dan Melaka. Ada kalanya beliau mendapat tempahan dari Sabah dan Sarawak. Perusahaan kerepek beliau juga memerlukan beberapa orang untuk membantu kerja-kerja pembuatan dan pembungkusan. Oleh itu, orang-orang kampung mendapat peluang menambah pendapatan melalui kerja-kerja sambilan yang dilakukan.
 |
|
| Beraneka jenis kerepek untuk dipasarkan |
|
|
Bagi mengendalikan perniagaannya, Nor Hamidah mendapat bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Jabatan Pertanian. Beliau menerima bantuan peralatan seperti mesin pembakar (oven) serta sering dibimbing dalam hal-hal pemasaran produk.
|