Keharmonian Bersama

S

ebagai peneroka dan tinggal di dalam persekitaran yang sedikit berbeza berbanding kampung atau taman perumahan tidak menghalang mereka berhubung atau berurusan dengan penduduk di luar kawasan Felda. Di kalangan penduduk Felda dan kampung sekitar kehidupan mereka saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Misalnya, dalam kehidupan seharian, mereka menggunakan perkhidmatan atau prasarana secara bersama. Anak-anak peneroka pula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah di kampung yang berdekatan.

Kampung-kampung yang berjiran dengan Felda Medoi antaranya ialah Kampung Logah, Kampung Padang Lalang, Kampung Jawa dan Kampung Abdullah. Penduduk kampung-kampung ini juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian. Manakala bandar yang terdekat ialah Segamat dan Labis. Di kalangan penduduk Felda dan penduduk kampung, hubungan mereka dikukuhkan melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti sukan, agama dan kemasyarakatan yang dianjurkan termasuk juga majlis-majlis pertunangan, perkahwinan, kematian dan lain-lain.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK