Kesejahteraan Penduduk Jadi Keutamaan

J

awatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) ditubuhkan antara lain sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat-maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Kadangkala ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan atau menganjurkan gotong-royong dan lain-lain.

Penubuhan biro dalam organisasi JKKK akan memudahkan penganjuran aktiviti atau berhubung dengan penduduk. Di Felda Medoi, Biro-biro yang terdapat di bawah JKKK Felda Medoi ialah Biro Wanita, Biro Belia, Biro Pendidikan, Biro Kebajikan dan Agama juga Biro Keselamatan. Biro-biro ini akan menjalankan tanggungjawab mereka membantu penduduk menyelesaikan masalah serta menjalankan aktiviti yang bermanfaat kepada penduduk.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK