Pertanian Penggerak Kehidupan
erkataan Felda memang sebati dengan peneroka dan juga pertanian. Pertanian merupakan darah daging peneroka. Pertanianlah yang menggerakkan kehidupan masyarakat peneroka. Anak-anak membesar dan bersekolah hasil penat lelah ibu bapa sebagai peneroka. Melalui keringat ibu bapa yang mengalir di tanah-tanah Felda, anak-anak mereka tidak ketinggalan mendapat pendidikan di menara gading. Sebagai peneroka, kebajikan mereka juga dititikberatkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) termasuk soal yang berkaitan dengan penanaman dan penjualan hasil dan juga persekolahan anak-anak. Tidak hairanlah, anak-anak peneroka juga berjaya mencipta nama di peringkat peperiksaan sekolah dan Universiti.
| |
 |
| |
| Getah menjadi sebahagian daripada nadi kehidupan masyarakat Medoi |
|
Bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup para peneroka, mereka digalakkan menceburi kegiatan lain seperti menanam sayur-sayuran dan juga menternak binatang. Lembaga Getah Malaysia (LGM) menawarkan beberapa bantuan kepada peneroka yang berminat untuk menternak kambing. Oleh itu, penternakan kambing secara berkelompok telah dimulakan pada 2007 dan menempah beberapa kejayaan.
Pada masa yang sama segelintir peneroka melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan seperti kedai runcit, kedai jahitan pakaian, membuat kuih baulu, kuih-kuih tradisional dan bengkel kenderaan bermotor. Anak-anak peneroka pula ada yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan di sekitar Segamat dan Labis. Sebahagian yang lain pula berkhidmat di sektor swasta seperti di bank, syarikat telekomunikasi dan lain-lain. Ada juga anak-anak peneroka yang berkhidmat di Pejabat Felda Medoi sebagai kakitangan pejabat atau tenaga pengajar.
|