Perkataan Felda memang sebati dengan peneroka dan juga pertanian. Pertanian merupakan darah daging peneroka. Pertanianlah yang menggerakkan kehidupan masyarakat peneroka. Anak-anak membesar dan bersekolah hasil penat lelah ibu bapa sebagai peneroka. Melalui keringat ibu bapa yang mengalir di tanah-tanah Felda, anak-anak mereka tidak ketinggalan mendapat pendidikan di menara gading. |
Golongan wanita di Felda Medoi merupakan golongan yang dipandang tinggi kerana semangat juangnya. Mereka adalah orang yang menjadi peniup semangat kepada suami ketika peringkat awal meneroka tanah Felda tersebut. Kini setelah berpuluh tahun berlalu, hasil titikk peluh dinikmati dan dikongsi sekeluarga. Tentulah tidak boleh dinafikan peranan mereka bukan sahaja kepada kejayaan tanah yang diteroka tetapi juga kepada keluarga. |