Menentukan Masa Depan

B

elia adalah bakal pemimpin yang akan menerajui Negara Malaysia. Belia-belia di Felda Medoi mempunyai matlamat sendiri untuk menentukan masa depan mereka. Kebanyakan mereka berhijrah ke bandar-bandar besar untuk bekerja dan ramai juga yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Padang permainan di Felda Medoi biasanya akan meriah apabila musim cuti persekolahan. Pada waktu ini jugalah banyak aktiviti yang dianjurkan untuk mengisi masa lapang dan bagi mengelakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.

Di bidang sukan, kebanyakan belia di sini aktif bermain bola sepak, futsal, badminton dan juga sepak takraw. Malah, mereka terlibat dalam sukan “paint ball” yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu seperti persatuan-persatuan belia, Majlis Perbandaran Segamat dan juga Pejabat Daerah. Penyertaan mereka di dalam aktiviti sukan antara lain mengeratkan pergaulan dan perpaduan di samping dapat menyihatkan badan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK