Antara kaum wanita yang aktif mereka cipta barang kraf tangan

Kesungguhan Kaum Wanita Dikagumi

W

anita adalah pemangkin negara, begitu juga bagi wanita Kampung Felda Kemelah yang bergerak aktif menambah pendapatan keluarga. Kini, wanita tidak hanya terperap di dapur tetapi menjadi tulang belakang bagi para suami. Felda Kemelah juga menubuhkan Gerakan Pertubuhan Wanita (GPW) yang mengumpulkan isteri-isteri peneroka yang tidak bekerja. Di antara aktiviti GPW ialah kelas menjahit, kelas memasak dan kelas sulaman.

 
 
Barang kraf tangan yang dihasilkan daripada kertas kitar semula

 
Antara hasil kraf tangan yang telah siap dan dijual dengan harga amat berpatutan
 

Walaupun kebanyakan dari isteri peneroka adalah warga tua, kesedaran yang ditunjukkan dapat dilihat melalui kesungguhan mereka. Di mana ada di antara mereka yang menjadikan kelas jahitan sebagai salah satu tempat menimba ilmu. Bahkan, menambah pendapatan keluarga.

Dari segi keagamaan, kumpulan membaca Yasin dan kumpulan marhaban juga ditubuhkan bagi menyeimbangkan ilmu akhirat dan duniawi. Kelas tajwid dan fardu ain menjadi salah satu program wajib dan ia diajar oleh guru agama yang berpengalaman. Kelas akan diadakan setiap minggu selepas Solat Jumaat. Kelas yang diajar secara percuma ini mendapat sambutan baik dari kaum wanita.

Selain itu, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Mutiara Harapan khas ditubuhkan untuk golongan kurang upaya (OKU). Melalui pusat ini, mereka didedahkan kepada teknik membuat kerepek dan kraf tangan yang dibimbing tenaga pengajar KEMAS. Usaha seperti ini adalah sesuatu yang amat berguna dan patut dicontohi.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK